BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, September 6, 2011

13 Soalan untuk lelaki yang 'pernah' bercinta

1)Kenapa korang bila dah clash, cepat giler jumpa pengganti ex-girlfriend korang?

2)Kenapa korang bila dah clash, still nak pujuk-pujuk ex-girlfriend korang?

3)Kenapa korang bila dah clash, still tanye awak sayang saya lagi tak?

4)Kenapa korang bila dah clash, still ungkit kisah lama?

5)Kenapa korang bila dah clash, still tanye awak dah boleh hidup tanpe saya ke?

6)Kenapa korang bila dah clash, still taknak mengaku salah korang?

7)Kenapa korang bila dah clash, still sibuk nak tau ex-girlfriend korang dah ade pakwe baru ke belum?

8)Kenapa korang bila dah clash, still nak contact lagi dengan ex-girlfriend korang?

9)Kenapa korang bila dah clash, still nak cari ex-girlfriend korang balik?

10)Kenapa korang bila dah clash, still nak menghantui hidup ex-girlfriend korang?

11)Kenapa korang bila dah clash, still taknak lepaskan ex-girlfriend korang tu?

12)Kenapa korang bila dah clash, still tak paham bahase tersirat bila ex-girlfriend korang taknak angkat call korang?

13)Kenapa korang bila dah clash, still nak ajak jumpa padahal dah takde pape hubungan pun?

*Wahai lelaki yang pernah bercinta kemudian percintaan putus di tengah jalan kemudian perkara di atas terjadi kepada diri korang sekarang, sila jawap pertanyaan saya. Kenapa kenapa kenapa?

Monday, August 22, 2011

lpas 5 bulan..

akhirnya...
lpass 5 bln hbngn ktrang..
aq asyik mimpi dia mai cari aq blik..
knp?..
knp aq mimpi mcm ni?..
mmg aq still syg dkt dia...
cntakn dia..
tpi..
pbila dfikirkn blik apa yg dia tlah lkukn trhdp aq..
mmg terseksa jiwa aq..
taah la.. klu dia mncul kmbli..
aq x psti smada dpt trima dia or x...
semuanya aq srhkn saja pda Allah S.W.T...

misteri kehilangan kasut... ??

Assalamualaikum...
aduih malam ni macam2 jadi la...
macam ni crta dia... klmarin la an...
kami smua tgah semngat nak susun kasut dpan umah...
then tyme tgah susun tuh.. kasut dak b yg kler pink x dak.. then kasut kak yun plak x dak.. pastuh kasut kak ema plak x dak.. yg pliknya smua kasut tuh hlang sblah knan jew...
hurm.. then kami kasi taw la kat depa smua sal kasut tuh.. dak b pon pew g.. hangin la..
tgok2.. kasut dak b ada kat bawah.. kat tmpt parking mto.. tapi kasut kak yunn kasut kak ema still x jmpa jgak..
aten asa mybe ada owang sabotaj kami kowtl.. yew la.. kan kami ni suka buat bising...
hurm then x pew la.. pastuh lam pkui 5 aten kuaq sat p antaq hlmet kat kak ema kat bawah...
then masuk balik umah... masa tuh kasut kak etty ada...
aten pon continue la men gitar.. lagu kau ilhamku.. haha .. bawu nak blajar la ktakan...
then masa pkui 6 ptang plak.. aten kuaq p bazar la..
masa tuh amat pelik.. kasut kak etty plak dah hlang.. kami smua yg ada lam umah ni pa g...
sram n takowt la... kami just takowt owang mental ja yg men2 curi kasut nieh...
hurm.. then masa trun kat bawah nak start mto plak.. karpet plak dah yg hlang...
aduih.. parah la klu camni.. asyik smua bnda hlang ja..
aduih x pa r... malam tuh kami wat la bacaan yasin.. n slat rmai2..
then tdoq la... aten n ikin tdoq bilik dpan.. yg len2 tdoq bilik kak ema kat blakang...
masa tuh tgah skype ngan membe.. tiba2 ikin plak dok jerit nama aten.. 
dia kata dah lama pngil aten.. tapi aten dian ja n asyik tgok lappy..
eeee.. aten seram sejuk la.. then kasitaw kat dia..
jom blah p duk bilik blakang nagn kak ema.. kami pon blah la... tyme tuh bawu la ley tdoq..
last2 x bgun sahur. heheh.. takowt pnya pasal la... 
ahahahah.... hurm.. amat pelik keadaan rumah nieh..

hurm.. x pew.. adew stry yg amat mngemparkan yg aten nak crta.. tapi esok ja la..
mata pon dah ngantok dah nieh... nak tdo r..
bubye...
Assalamualaikum...

Tuesday, August 9, 2011

20 Perkara Yang Membuatkan Wanita Membenci Lelak

1






1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dah ada kekasih, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran kerana hal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlah kena pada tempatnya.

6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka enggan melaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhi anda.

7. PERASAN
Aduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita, alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugak nak layan kadang-kadang!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka ni selalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluar bersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailah membahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekali luangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaum wanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…

13. PANAS BARAN
Aduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kena pandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!!

14. KAKI MEROKOKIni satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarant dan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar. Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau?? Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapat menjawabnya.
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupun menonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan dalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberi alasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga....

Wednesday, August 3, 2011

...KaTa AkU kEpAdA hAtI iNi...

Berkata aku pada hati
Apa sebenarnya yang kau mahu
Jelaskan jelas - jelas pada aku
Agar aku benar - benar tahu
Agar aku tidak terus - terus keliru


Berkata aku pada hati
Yang mana satu kau suka
Dua - dua jalan ada depan mata
Pilih - pilih lah
Asalkan kau baik - baik saja

Berkata aku pada hati
Arah mana kau ingin pergi
Nanti - nanti bahagia yang pasti
Kini derita hari - hari
Fikir - fikir sendiri
Rasa - rasa apa patut kau kecapi

...SuSaHnYa MeNoLaK cInTa...


Sebenarnya, kehidupan tentang membuat pilihan cinta memang banyak ragam. Ada yang sukar mendapat jodoh kerana terlalu pemilih, ada juga yang sangat mudah mendapat jodoh namun akhirnya ditolak dengan alasan-alasan tertentu.
Memang susah untuk menolak seseorang apatah lagi jika dia pernah dekat dengan kamu. Tidak mahu menyakiti, takut kehilangan sahabat dan takut-takut yang lain lagi.

Jangan terlalu memberi perhatian kepada yang berlainan jantina
Bila kita memberi perhatiaan yang lebih terhadap rakan yang berlawanan jantina, orang mana yang tidak akan salah sangka. Mungkin dia menyangka kamu sukakan dia dan terus mengajak  kamu untuk bertunang.  Padahal perhatian diberikan kita adalah sama sahaja dengan semua rakan – rakan yang lain.
Inilah pentingnya untuk kita membataskan diri bergaul dengan lawan jenis. Bukan hanya untuk keperluan kita sendiri, tetapi juga orang – orang yang rasa mendapat perhatian dari kamu. Jika orang tersebut mengetahui kamu sebenarnya tiada perasaan terhadapnya, dia akan rasa dipermainkan. Dan kita sudah tidak akan dipercayai lagi.
Berhenti memberi perhatian kepada perkara yang tidak penting buat rakan yang berlainan jantina. Bergaulah sewajarnya, hanya yang sewajarnya. Jangan sehingga kita menyakiti sesiapapun,  sehingga merosakkan sebuah ukhuwah.
Cuba fikir dan bayangkan, jika kita atau saudara kita terkena perkara yang sama, iaitu merasa dipermainkan setelah diberi perhatian sekian lama, pasti kita akan merasa marah bukan?

Jangan tertipu Oleh Perhatian
Akibat dari sebuah perhatian, biasanya bermula pada hati kecil yang mula merasakan jatuh cinta. Maka, kita  janganlah   mengambil kesimpulan bahawa si dia jatuh hati sdengan kita. Hindarilah perasaan-perasaan ini jika berdekatan dengan si dia, jangan disalah sangka setiap perhatian dari si dia. Ini sememangnya tidak mudah kerana fitrahnya manusia sangat suka diberi perhatian
Penyakit  tipuan hati ini memang lebih banyak dirasakan oleh wanita, kerana secara fitrahnya wanita suka dipuji, di berikan perhatian yang lebih. Sebab itu juga wanita yang paling banyak mengalami patah hati.
Oleh itu, batasilah berhubungan dengan lawan jenis yang boleh membuat semuanya kacau.

Menolak Cinta
perkara sukar tetapi sebenarnya mudah, kesulitannya hanya kerana kita enggan menyakiti seseorang. kalau dia mengajak kita untuk berkapel, maka tolak sahaja. Jangan takut menyakiti hatinya, kerana dia hanya mengajak kita kearah kemaksiatan. Yang mana kita pilih, samada menyakiti dia ataupun menyakiti Allah?
Jika dia ingin ta’aruf, suruhlah dia datang terus ke rumah ibu bapa kita. Janganlah sampai kita tertipu ta’aruf kosong, iaitu menghalalkan kapel dalam bungkusan ta’aruf. Jika kita tidak sukakan dia, jangan terus menolak, apatah lagi jika dia mengajak kamu berkahwin. Lakukan Istikharah dahulu, serahkan semuanya pada Allah. Kerana siapa yang tahu jika ternyata dia yang terbaik untukmu.
Ingat, apabila kita ingin menolak, rendahkan suara kita. Jangan menggunakan nada yang tinggi. Agar ukhuwah tidak rosak.

Tuesday, August 2, 2011

MaNuSiA... mAnUsIa... MaCaM2 PeRaNgAi...

pagi ni memang best jgak makan sahur... kawan aten nama marsnur asyikin syajaah... 
nama pendek la senang... ekin...
dia masak untuk kami semua.. hahah.. memang besh sangat2.. aten kerja makan jew...
hehehe.. biesew lew.. kali ni bukan turn aten g nak masak.. 
so.. kena la tgu... masa akan datang aten masak aa...
ekin masak sedap taw.. dia masak sayur kangkung belacan... 
ikan belah blakang n last but not least ialah telur masin...
hahahha... memang sedap... makan jew...
tyme tgah makan ni la yang x besh nieh... 
kalau tak mau sahur skali habaq mai... 
x yah la duk lam bilik n amik pinggan mangkuk bawak masuk..
apa nieh?.. lantak aa...
pas bapa minit... dah abis masak semua...
kami ajak depa makan la.. tau x depa kata apa??.
pendek kata malaih nak kata... panjang kata tok sah kata aaa..
penat masak ja... x mau makan habaq la an....
x yah la dok wat pangai sellfish ley x??..
jangan sampai aten goreng wat sambal bawu tau....
eyh yang tuh jellyfish... len la.. haha..
pas nieh.. x pa aa.. kami masak sendri n kami makan sendri lew....
nak wat pangai an??.. ingat aten x ley wat pangai ka??..
ampa nak berpuak2 an??... tgu aa.a...
sabaq aten ada batasnya.. la ni layan jew.. nak tengok pew jadi pasni...